Zaman Kesultanan Melayu Melaka Grup 1


Kesultanan Melayu Melaka


·      Merupakan institusi Kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia

·      Berdasarkan naskah melayu,iaitu Sulatus Salatin ,kerajaan Melaka diasakan pada tahun 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah

·      Berdasarkan sarjana sejarah pula,Melaka diasaskan oleh Parameswara,iaitu seorang putera raja dari Palembang pada tahun 1400

·      Asal usul nama Melaka diambil bersempena dengan nama sebatang pokok iaitu ”Melaka”

·      Parameswara telah menyaksikan peristiwa seekor pelanduk menendang dan mengalahkan anjing perburuannya semasa berehat di bawah pokok itu,melalui peristiwa itu,baginda yakin tempat itu membawa tuah dan sangat sesuai untuk membina sebuah kerajaan baharu




·      Pada mulanya,Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan menjadi tempat persembunyian lanun

·      Setelah Melaka telah diasakan oleh parameswara,Melaka mula berkembang pesat
·      Kedudukan Melaka yang strategik membolehkan Melaka berkembang sehingga menjadi pusat perdagangan utama dan sebuah kuasa yang kuat di asia tenggara menjelang abad ke-15

Pemerintahan

·      Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun

·      Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar,iaitu Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana


Pembesar utama
Peranan
Bendahara
-penasihat kanan raja
-pemangku raja dan bertindak sebagai ketua hakim semasa ketiadaan raja
-pemilih dan pelantik raja
Penghulu bendahari
-mengawal perbendaharaan negara
-memungut cukai dan hasil negeri
-menyimpan daftar hamba raja
-ketua bagi semua syahbandar
·       Temenggung
-ketua dan pelaksana undang-undang
-ketua polis negara
-pendakwa bagi kesalahan individu
-ketua protocol dalam urusan adat istiadat
Laksamana
-ketua bagi semua pahlawan terutama di laut
-memikul pedang kerajaan dalam ucapan rasmi
-menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan

Rajah Peranan pembesar utama(pembesar empat lipatan)kerajaan melayu melaka

Sistem Pemerintahan Melaka


Rajah sistem pemerintahan melaka

Hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka

·      Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undang-undang Islam dalam pemerintahan negeri


Hukum kanun Melaka
Undang-undang laut Melaka
44 fasal yang meliputi:

-bidang kuasa raja dan pembesar
-pantang larang dalam kalangan masyarakat
-hukuman terhadap pesalah jenayah awam
-peraturan rasmi di istana
-adat atau cara menyambut utusan dan undang-undang keluarga
Tatacara pelayaran yang merangkumi:

-tugas dan tanggungjawab pengawal kapal
-atur cara pelayaran
-perniagaan
-tugas nakhoda kapal
-hukuman terhadap kesalahan jenayah


·      Melaka telah berjaya diperluas empayarnya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera ketika berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur,Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Tun Perak.

·      Pahang,Kelang,Kelantan dan Terengganu merupakan negeri taklukan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.

·      Rokan,Siak dan Kampar pula ialah negeri taklukan Melaka di Sumatera.

·      Kedah dan Perak merupakan negeri yang meminta pelindungan dari Melaka,seterusnya menjadikan Kedah dan Perak negeri naungan Melaka di Semenanjung.

·      Negeri naungan Melaka di kepulauan Melayu ialah Siur,Buru dan Asahan.


Perdagangan

·       Kedudukan geografi Selat Melaka yang strategik telah menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari luar.

·       Kedudukan geografi pelabuhan Melaka yang terletak di tengah-tengah laluan (laut) perdagangan antarabangsa berperanan menjadi tempat pertemuan antara para pedagang dari benua India dengan Benua China.

·       Kedudukan Melaka juga terlindung dari angin kencang.

·       Melaka kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan bijih timah.

·       Melaka digelar “The Venice of the East” kerana menjadi tempat pertemuan perdagangan seluruh dunia pada zaman keemasan Melaka.


Kejatuhan Melaka

·       Zaman Kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah setelah Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

·       Alfonso de Albuquerque yang mengetuai tentera Portugis telah Berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511

·       Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Muar ,Pahang dan akhirnya ke Bintan.


Faktor-faktor kejatuhan kesultanan Melayu Melaka


Faktor Dalaman
Faktor Luaran
-Pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang lemah akibat rasuah dan fitnah

-Pentadbiran negeri yang tidak cekap dan pilih kasih

-Berlaku pemusuhan antara orang Melayu dengan India-Muslim

-Kegiatan Perdagangan yang merosost akibat rasuah dan pilih kasih

-Orang Laut tidak membantu Melaka semasa serangan Portugis kerana Bendahara tidak menjaga kebajikan mereka
-Penemuan jalan perdagangan baru iaitu Tanjung Harapan pada 1488 oleh Bartholomew Diaz

-Sikap tidak jujur pedagang asing yang membantu Portugis khasnya pedagang Cina dan India

-Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511



WARISAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
 Warisan Kesultanan Melayu Melaka

Johor


Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah melairkan diri ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya behijrah ke Bentan. Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.
Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu, Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula semula Melaka tetapi gagal. Serangan terbesar gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan pemerintah Belanda disebabkan tipu daya Belanda.
Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur



Perak

Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan, Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur
Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun 1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan Perak yang pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak. Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.

Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun, sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat, sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.







Pahang

Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku Sulalatus Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya, iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470
Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan Alauddin (Johor)
Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang.

Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada Bendahara Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah diasaskan.



KERAJAAN MELAYU BAHARU

·      Kerajaan melayu baharu merujuk kerajaan yang wujud selepas zaman kesultanan melayu Melaka iaitu Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan

TERENGGANU
Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan  bermula apabila Tun Zainal Abidin (anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.
 Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum besetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu iaitu Engku Tuan Mansur kerana ramalan yang dibuat oleh seorang pembesar menyatakan  bahawa Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kekanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Feb 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingganyang merupakan sepupu baginda.

KELANTAN
Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua ketua kecil. Ketua ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian antara Long Sulaiman (pemerintah Legeh)pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahabatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu.
Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan seangan kepada Terengganu. Beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu.

SELANGOR

merupakan taklukan melaka pada abad ke-15. Apabila melaka dijajah oleh portugis, kesultanan melayu melaka berpindah ke  johor.Pada bulan mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada OPU lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. beliau meninggalkan 2 orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi sultan selangor bagi mengelakkan selangor dikawal oleh johor sepenuhnya.

pada tahun 1766, Raja Lumu ditabal menjadi sultan selangor dengan gelaran sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktirafan daripada sultan Mahmud iaitu sultan perak.perlantikan ini merupakan permulaan kepada  kesultanan baharu di selangoryang kekal sehingga hari ini. sultan Ibrahim Shah yang mengambil allih telah berjaya memajukan selangor. selangor sebagai pengeluar bijih timah telah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Melaka.

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan memperakui ketuanan Melaka dan Johor. Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, bermulalah kesultanan Bugis di Selangor dan pengaruh Bugis di Johor. Pada akhir kurun ke-17, pembesar-pembesar Negeri Sembilan (penghulu) menjemput anak raja dari Minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis. Pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera kepada Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahandanya dating ke Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung, Minangkabau menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang  pertama dan memulakan institusi beraja di sana.Apabila berlaku kemangkatan Yang Dipertuan Besar, pemegang-pemegang adat akan menjemput seorang putera dari Pagar Ruyung untuk menjadi pemerintahan. Ia berlaku pada tiga pemerintahan, iaitu pemerintahan Raja Melewar (1773-1795), Yam Tuan Hitam (1795-1808) dan Yamtuan Lenggang (1808-1824). Pemerintahan oleh Yamtuan Radin Ibni Raja Lenggang merupakan permulaan era pemerintahan oleh warisan takhta dari anak raja tempatan. Pewaris takhta pemerintahan Negeri Sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan Raja Radin Ibni Raja Lenggang seperti yang termaktub dalam Fasal 7(3), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
 Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih. Adat perpatih merupakan adat yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia. Gelaran Yang Dipertuan Besar yang digunakan merujuk Yang Dipertuan atau Yamtuan. Adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. Adat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.

KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

·      Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

·      Agama Islam dipercayai dating ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.


TEORI DAN FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

Agama Islam tersebar di Asia Tenggara melalui peranan para pedagang Islam dari Tanah Arab, Indiamdan China. Terdapat beberapa teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara seperti berikut:


1. PEDAGANG ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB


TOKOH SEJARAH
CATATAN
John Crawford (disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas)
1. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China terutama pada abad ke-7masihi, iaitu setelah kemunculan Islam di Mekah.

2. Wujud persamaan antara
bahan penulisan dan kesusasteraan Asia
Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab.

3. Kebanyakan karya tempatan menceritakan
tentang pengislaman
raja di Asia Tenggara oleh
“syeikh”dari Semenanjung
 Tanah Arab seperti karya
 Hikayat Raja-raja Pasai,
  Hikayat Merong
  Mahawangasa, Hikayat
  Acheh dan Sejarah
  Kepulauan Sulu.


2. PEDAGANG ISLAM DARI CHINA

TOKOH SEJARAH
CATATAN
Emanuel Gadinho Eredia (sarjana Sepanyol)(Disokong oleh S.Q. Fatimi)
1. Canton (Khan Fo)menjadi pusat perdagangan terkenal
sejak abad ke-9.

2. Pada tahun 876 Masihi pedagang Islam telah
berpindah dari Canton
atau Amoy ke Asia
Tenggara secara beramai-
ramai.

3. Penemuan Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala
Berang, Terengganu serta
persamaan unsur seni bina
di China dan seni bina di
Kelantan, Melaka dan
Pulau Jawa.
  
3. PEDAGANG ISLAM DARI INDIA

TOKOH SEJARAH
CATATAN
Snouck Hurgronje (Sarjana Belanda)
1. Islam berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan pantai Koromandel pada kurun ke-13M.

2. Islam tersebar melalui
aktiviti perdagangan.

3. Terdapat persamaan unsur Hindu dalam budaya masyarakat Asia Tenggara.

·      Islam tersebar di Asia Tenggara disebabkan oleh dua faktor, iaitu peranan golongan penyebar Islam seperti golongan bangsawan, golongan mubaligh, pedagang asing, ulama dan ahli sufi serta peranan kerajaan-kerajaan Islam.

·      Sifat mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas, lemah lembut, dan tingkah laku yang baik yang ditunjukkan oleh pedagang Islam telah menjadi ikutan penduduk setempat.

·      Aktiviti dakwah dan perbincangan berkaitan agama Islam juga berlangsung antara golongan pedagang Islam dan penduduk.

·      Faktor kedua yang mendorong kepada penyebaran agama Islam ialah ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti konsep tiada paksaan dalam agama serta intipati ajaran Islam yang bersifat sederhana, toleransi, adil dan rasional. Ciri-ciri seperti  itu membolehkan agama Islam diasimilasikan oleh masyarakat Melayu.

BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU

·      Penemuan arkeologi menunjukkan agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sejak zaman kerajaan awal Tanah Melayu, iaitu sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka.

·      Sebuah batu bersurat bertulisan jawi ditemui di Kuala Berang, Terengganu dan menjadi bukti bahawa agama Islam telah sampai di Terengganu.

·      Batu bersurat ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

·      Antara yang tercatat di batu bersurat tersebut adalah tentang Islam sebagai agama rasmi dan hokum-hukum Islam tentang maksiat.




·       Terdapat juga sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung Inggeris, Mukim Langgar berhampiran Alor Star, Kedah yang bertarikh 904M.
·       Nama “Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah” tercatat pada nisan tersebut.
·       Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebarkan ajaran Islam.

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU

·       Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15, bersama-sama Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

·       Agama Islam tersebar di Melaka melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah.

·       Pengislaman Sultan Melaka menyebabkan rakyat memeluk agama Islam.
·       Antara ulama yang menjadi penasihat sultan Melaka ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin dan Qadi Yusuf.

·       Tun Perak sebagai bendahara Melaka memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam.
·       Di bawah pentadbiran Tun Perak, Melaka berjaya meluaskan jajahan dengan menakluk kawasan persisiran pantai Sumatera Utara, iaiti Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri.

·       Masyarakat yang ditakluk mendapat keistimewaan daripada raja Melaka untuk memeluk agama Islam dan ulama turut dihantar ke sana untuk mengajarkan agama Islam.

·       Pengaruh islam di Melaka dilihat dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial.
·       Institusi kesultanan diperkenalkan setelah Islam datang ke Tanah Melayu.

·       Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh mufti sebagai penasihat sultan dalam bidang hal ehwal agama Islam dan pentadbiran.
·       Agama Islam sebagai agama rasmi di Melaka dan asas kepada system pentadbiran Melaka serta pembentukan undang-undang di Melaka.

CONTOH UNDANG-UNDANG DALAM HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


UNDANG2
FASAL
ISI KANDUNGAN
Hukum Kanun Melaka
44 fasal
1.Tanggungjawab raja dan
pembesar.
2. Pantang larang dalam
kalangan anggota masyarakat
3. Permasalahan ibadah,
ekonomi(muamalah) dan
undang-undang keluarga
(munakahat).
4. Hukuman terhadap kesalahan
jenayah mengikut syariat
Islam.
Undang-Undang Laut Melaka
24 fasal
1. Hal yang berkaitan dengan
 maritim dan Perdagangan.
2. Tugas-tugas nakhoda
 diumpamakan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai
     makmum.


·      Selepas kedatangan Islam, mata wang dengan tulisan jawi digunakan dalam kegiatan ekonomi.
·      Penggunaan mata wang semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dalam tulisan jawi.
·      Wang katun dibuat dari timah dan digunakan di Johor juga terukir dengan tulisan jawi tetapi tidak mempunyai tarikh.
·      Nama Sultan Zainal Abidin Shah II terdapat pada kupang emas Terengganu .

·      Pada bahagian belakang wang tersebut terdapat perkataan “Khalifatul Mukminin” yang merujuk sebagai pemimpin orang Mukmin(beriman). Ada juga perkataan lain seperti “Khalifatul Mukminin Syah”, ”Dal Al-Johara”, ”Sultan Al-Adil”, “Nasir al-Dunia Wa’l Din” dan lain-lain.






Contoh mata wang yang terdapat tulisan jawi di Tanah Melayu


·      Kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga dilihat pada aspek pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup serta kesenian.

·      Penduduk tempatan digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, masjid dan surau. Istana pula dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan kerana belum wujud institusi pondok pada ketika itu.

·      Menurut Zamri(2015), sistem pendidikan pondok diamalkan secara meluas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani pada abad ke-12. Ia bermula di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain.

·      Dari aspek bahasa dan kesusasteraan pula, tulisan Arab Jawi diperkenalkan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa sastera.

·      Huruf Arab diubah suai dan dijadikan tulisan Jawi sekaligus menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis.

·      Kedatangan Islam menambahkan lagi penulisan karya berbentuk prosa dan puisi.

·      Banyak karya berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dihasilkan dengan menggunakan tulisan Jawi seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah (dikenali sebagai Hikayat Mukjizat Nabi).

·      Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah merupakan dua buah cerita hikayat yang penting dan disimpan di istana.

·      Kedua-dua hikayat ini menerangkan tentang pahlawan yang memiliki semangat keberanian yang tinggi dan patuh pada ajaran Islam.

·      Hikayat ini dabaca semasa Melaka diserang oleh Feringgi dengan tujuan menaikkan semangat pahlawan Melaka menentang Portugis.

·      Syair Dahulu Kala oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu ialah contoh karya dalam bentuk puisi.

·      Unsur kesenian Islam dapat dilihat pada seni bina masjid, rumah dan istana yang mempunyai ciri-ciri ukiran yang bermotif tumbuh-tumbuhan, bunga dan geometri yang sesuai dengan ajaran Islam.

·      Tulisan khat atau kaligrafi juga dilihat sebagai hiasan masjid, batu nisan, barangan tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lain.

·      Prinsip kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak adalah antara gaya hidup orang Melayu yang  berubah dengan kedatangan Islam.

·      Amalan menghormati ibu bapa dan orang lebih tua, adab sopan, adab berziarah dan semangat perpaduan merupakan antara anjuran Islam dilihat dalam kehidupan bermasyarakat Melayu.

Disediakan oleh:
  1.Mohamad Azamuddin Bin Abd Kadir (22DAQ18F1012)
  2.Muhammad Hafis Bin Isnin (22DAQ18F1018)
  3.Muhammad Amzar Hakimi Bin Azahar (22DAQ18F1001)
  4.Muhammad Wathiq Rifqee Bin Anuar (22DAQ18F1009)





Ulasan